Tuesday, June 16, 2009

Perkahwinan

Cuti sekolah dalam bulan Mei/Jun ini merupakan bulan yang paling sibuk bagi keluarga kami. Ada tiga majlis perkahwinan yang dilangsungkan hampir berturut-turut tiap-tiap minggu. Saya pula dilantik memainkan peranan ketua keluarga untuk dua majlis tersebut, mengambil alih tugas abang saya Hj. Abdul Rahman Ahmad yang kurang sihat. Kami senantiasa berdoa atas kesejahteraan dan kesihatannya.

Nor Suhairil (Bang Teh) dgn Nik Adura Ruzainie

Encik Nor Suhairil anakanda lelaki Encik Mohd Sunan (Donan)/Puan Norseha (Seha) selamat diijabkabul dengan Cik Nik Adira Ruzainie bt Che Ariffin di Kg. Lama Felda Lurah Bilut, Pahang pada hari Ahad, 17 Mei 2009. Khenduri pihak lelaki diadakan pada hari Ahad, 24 Mei 2009 di Kampung kami, Kg. Talang, Tanjung Ipoh, Negri Sembilan. Dengar khabar, mereka sama-sama bekerja di sebuah jabatan Kerajaan.

Semasa balik dari menghadiri perkhwinan mempelai ini di Lembah Bilut, kereta yang dipandu oleh ayahanda pengantin lelaki mengalami sedikit kemalangan. Tidak ada yang meragut nyawa tetapi dua penumpang, termasuk ibu pengantin lelaki (Seha) mengalami sedikit kecederaan.

Perkahwinan ini ialah yang ketiga di kalangan anak-anak keluarga Donan/Seha. Takniah diucapkan kepada pengantin baru. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat.

Ahmed Hazwan (Wan) dgn Dalilah

Encik Ahmed Hazwan, anakanda lelaki kedua Tuan Hj. Mohd Dahalan/Puan Hajjah Azizah Maulut melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Dalilah Jamal Nasir di Masjid Lama Simpang, Alor Star pada malam hari Jumaat, 29 Mei 2009 diikuti dengan majlis khenduri pada hari Sabtu, 30 Mei 2009. Kira-kira seramai 50 orang sanak saudara, termasuk saudara mara yang tinggal di Kedah, juga ikut menghadiri kedua-dua upacara ini di Alor Star.

Gambar foto perkahwinan mereka boleh dilihat dalam Facebook Mokhtar Ahmad.(Jadi ahli dahulu sebelum dapat masuk Facebook.)

Majlis khenduri Tuan Hj. Mohd Dahalan untuk menyambut kedua-dua mempelai diadakan di Bandar Tun Razak pada malam hari Ahad, 7 Jun 2009. Semoga jodoh kedua-dua mempelai berkekalan.

Haniati Aneeza (Ati) dgn Abdul Razak

Cik Haniati, anakanda Tuan Hj. Hamid Abdul Karim/Hajjah Asmah Ahmad, selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Encik Abdul Razak Haji Ali di Laman, Jalan Seri Pencala, Kuala Lumpur pada petang dan malam hari Sabtu 6 June 2009. Khenduri pihak lelaki di adakan di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor pada Sabtu, 13 Jun 2009. Rombongan kami, seramai lebih kurang 20 orang dalam 5 buah kereta menginap di Johor Bahru sebelum ke rumah pengantin pada keesokan harinya.

Gambar foto perkahwinan mereka boleh dilihat dalam Facebook Mokhtar Ahmad.

Dalam perjalanan balik, hujan lebat di Johor, kereta saya terkandas berhampiran Kawasan Rihat Senawang kerana bateri kereta tidak berfungsi. Tunggu sampai hampir tengah malam untuk mendapat pertolongan PLUS . Mereka hanaya dapat menarik kereta saya ke Kawasan Rihat Senawang. Mata mengantuk dan badan terlalu letih sehingga terpaksa menyewa tow truck untuk membawa saya dan keluarga serta kereta balik ke rumah di Panchor Jaya, iaitu sejauh lebih kurang 15 km. Harga yang dikenakan sama banyaknya dengan perbelanjaan perjalanan dari Seremban ke Johor Bahru dan balik. Bermacam-macam dugaan yang kita terima dalam hidup kita ini tetapi kita perlu reda.