
Satu-satunya hiburan yang ada di rumah saya, setakat apa yang saya ingat ialah sebuah peti radio yang dikuasakan oleh bateri kereta. Antennanya setinggi galah. Pernah diceritakan bahawa datuk saya (sebelah emak) ialah orang pertama di kampung itu yang pernah membeli peti nanyi (gramophone) dan pada kali pertama ia dimainkan, hampir seluruh orang kampung datang berkumpul di halaman rumah saya untuk melihat dan mendengar ‘keajaiban’ alat itu. Semasa saya kecil, alat itu tidak digunakan lagi, cuma menjadi permainan saya di loteng rumah saya.
Abah saya seorang guru lepasan Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. Dia adalah orang pertama dari kampung saya yang diterima masuk ke Maktab yang ternama itu. Walaupun seorang guru, tetapi untuk menambah sara hidup kami sekeluarga, terutama sekali kerana abang dan kakak saya belajar di sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur dan Kuala Kangsar, abah serta dengan emak bercucuk tanam dan membela ternakan selepas mengajar. Hampir seluruh keperluan makanan harian keluarga adalah hasil titik peluh mereka.
Sebagai anak kampung, aktiviti yang paling saya suka ialah mandi di sungai dengan kawan-kawan bila ada kelapangan (selalunya) dan bermain dengan mereka apa-apa jua permainan yang bermusim pada masa itu, seperti main gasing, memburu burung, memancing ikan, bermain ‘rounders’, bemain meriam buluh pada bulan puasa, bermain rakit apabila air naik di bendang dan berbagai-bagai lagi permainan yang timbul di dalam fikiran kami yang amat kreatif.
Saya bersekolah di sekolah Melayu Kampung Talang setakat darjah satu sahaja, kerana selepas itu saya dimasukkan ke sekolah Inggeris di Tanjung
Semasa di Tingkat Tiga, abah mendapat kenaikan pangkat dan telah ditukarkan menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Kelang, Selangor. Abah di beri quarters kembar dua di Jalan Raya Barat. Jiran kami juga seorang guru di sekolah abah. Kami sekeluarga amat gembira kerana pertama kali dapat merasai hidup di bandar dengan kemudahan yang serba moden. Abang dan keluarga juga menumpang bersama kerana abang saya bertugas di
a ketika baru lahir. Kami reda menerima takdir Tuhan itu walaupun nyata doktor tidak memberi perhatian yang penuh pada anak saya semasa ia lahir. Kini saya sudah di anugerahkan dengan dua orang cucu comel, hasil perkahwinan anak lelaki saya yang sulung.
Selepas SC/MCE saya memulakan kerjaya saya sebagai Guru Sementara di Sekolah ACS, Seremban. Selepas setahun bekerja sebagai Guru, saya diterima masuk sebagai Penterjemah di Lembaga Letrik Negara, Jalan Gombak dan kemudian di Ibu Pejabat, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Selepas lima tahun memegang jawatan Penterjemah, saya ditawarkan jawatan Pembantu Kebajikan menjaga sukan dan kebajikan am pekerja-pekerja LLN termasuk rumah rihat, Kelab Kilat dan rancangan pemulihan dadah untuk kakitangan. Saya adalah pengelola tetap misi sukan dan kebudayaan LLN ke Bangkok, Thailand setiap dua tahun sekali dan juga pernah mengelolakan lawatan pasukan sukan Kriket dan Hoki ke London dan Nairobi.
Pada tahun 1995, saya mendapat tawaran untuk menjadi Penolong Pengurus Besar sumber manusia di DCB Bank menjaga urusan kakitangan seramai kira-kira 8,000 orang. Apabila RHB memilikki DCB Bank, saya telah dilantik sebagai Pengarah Sumber Manusia Kumpulan RHB dan Ahli Lembaga Pengarah PWTC, Kuala Lumpur. Saya menamatkan perkhidmatan saya secara sukarela pada tahun 1999 apabila Syarikat mengalami kemerosotan akibat gawat ekonomi. untuk mencuba nasib di dalam bidang perundingan. Saya masih menjadi perunding, tetapi secara sambilan. Disamping itu saya juga adalah pensyarah dalam kursus-kursus yang dikelolakan oleh syarikat-syarikat atau pejabat-pejabat Kerajaan.